Páginas

Sunday, 7 September 2014

JKKK Diberi Tempoh Tiga Bulan

Oleh: Aminuddin Ismail | 6 September 2014


Kerajaan negeri akan menilai semua perkhidmatan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan jawatankuasanya bagi mempastikan organisasi itu benar-benar dapat membantu rakyat dan tidak mudah diperlekehkan oleh mana-mana pihak.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau akan memberi tempoh dalam masa tiga bulan kepada JKKK menunjukan prestasi yang baik untuk membantu dan menyelesaikan setiap permasalahan rakyat.
“Saya sudah memberi tugas kepada YB. A. Latiff Awang selaku Exco yang menjaga portfolio Tranformasi supaya memberi penerangan kepada kepimpinan setiap JKKK.
“Kita juga akan memberikan panduan untuk mereka dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kerana kita nak membuktikan bahawa  kepimpinan parti yang mengangotai JKKK ini sebenarnya kepimpinan yang memerlukan hasrat rakyat.
“Kita juga akan memperbaharui  kontrak JKKK ini, kalau dulu dua tahun, sekarang kita akan membuat penilaian setiap setahun sekali, jadi perlantikan baru yang kita akan buat akan tamat pada 31 Disember ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu hari ini.
Ahmad Razif berkata, sekiranya JKKK itu menunjukan prestasi yang baik mereka akan disambungkan  tugas tetapi jika sebaliknya kerajaan akan mengantikan dengan kepimpinan yang baru.
“Dalam soal ini kita kena buat tranformasi, ini yang saya sebut tadi tranformasi yang kita melihat kecil bagi kita tetapi besar bagi rakyat maka perkhidmatan pada rakyat itu amatlah besar. JKKK kita akan berikan KPI, jika mereka tidak mencapai KPI yang dikehendaki kita tiada pilihan melainkan membuat tranformasi,” katanya.
Dalam pada itu, dalam ucapannya, Ahmad Razif mahu semua ahli parti menghayati dan menjiwai  perjuangan UMNO yang diwarisi sejak dahulu.
“UMNO adalah satu wadah perjuangan yang suci, yang memerlukan kita untuk terus bersamanya dan tidak akan menodai . Jika ada kepincangan dan perselisihan adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli partin memerlukan dan bertindak untuk menyumbang tenaga  bagi memperkukuhkan parti,” katanya.
Hadir pada majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

No comments:

Post a Comment