Mereka dinasihatkan segera berbuat demikian sebelum tarikh tutup pada 15 Mei 2015 bagi mengelak sebarang kesulitan.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh, berkata bagi penerima dana 2014, mereka tidak perlu lagi mengisi borang `online’ kecuali jika mahu menukar kategori tertentu atau bertukar alamat dalam borang berkenaan.
Katanya, mereka yang dikategorikan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin,berumur 40 tahun ke atas adalah golongan yang layak membuat permohonan.
Selain itu, mana-mana individu yang masih bujang dan berumur tidak melebihi 40 tahun juga layak untuk memohon.
“Sekiranya kurang mahir mengenai ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), mereka boleh berurusan atau berbuat demikian di Pusat Bestari.Com yang berdekatan.
“Petugas di pusat itu bersedia untuk membantu pemohon bagi membuat permohonan dan mengisi borang mengikut kategori tertentu,” katanya kepada teganukita.
Berdasarkan rekod, pada 2014 kira-kira RM 70 juta diagihkan kepada 189,840 penerima Dana Hari Raya, manakala RM19 juta pula diperuntukkan untuk 93,726 penerima Dana Bakti Remaja.
Teganukita
No comments:
Post a Comment