Páginas

Monday 27 April 2015

Ahmad Razif Terima Gelaran Dato’ Seri

AUTHOR: FAUZI MOHD | 26 APRIL 2015

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengetuai senarai pengurniaan bintang dan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.
*****
Dalam istiadat yang berlangsung di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Ahmad Razif menerima bintang Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri bersama Ketua Istiadat, Dato’ Bentara Luar, Dato’ Omar Pilus.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pula merupakan penerima tunggal bagi anugerah bintang Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’.

Seramai 17 penerima dianugerahkan bintang Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang juga membawa gelaran Dato’ dan mereka termasuklah Exco kerajaan negeri, Muhammad Pehimi Yusof; Mufti Terengganu, Dr. Zulkifly Muda; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Mohamad Nor Ibrahim dan Pegawai Daerah Besut, A. Rahim Jusoh.

Lain-lain penerima ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohamad Kamil Othman; Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, A. Rahman Yahya; Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Ahmad Fauzi Nordin; Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Adam Sulong; Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, Ibrahim @ A. Aziz Yaacob dan Pengurus Besar Kanan HRM Petronas Gas Bhd., Raiha Azni Abd. Rahman.


Turut menerimanya Timbalan Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Melayu Kuala Kangsar, Kapten (B) Dr. Tengku Mohd. Kamil Tengku Ismail; Juruukur Tanah, Dr. Md. Said @ Mohd. Zaid Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah Berhad, Mahmud Fauzi Muda; Pengetua Sekolah Grammar Kuala Terengganu, Harry Isaacs; Juruukur Tanah, Dr. Mohamed Shahdan Shahid dan Doktor Pakar Kulit, Dr. Ko Chung Beng.

Enam penerima dianugerahkan darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) dan mereka ialah Hakim Mahkamah Sesyen, Hassan Abdul Ghani; Pegawai Tadbir dan Diplomatik Intan, Mohamed Zahari Razali; Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah; Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Mustaffa Said; Pengarah Perunding Motivasi, Mohd. Fauzi Mustaffa dan ahli perniagaan, Azizulrahim Ahmad Zambri.

Darjah Seri Mahkota Terengganu (S.M.T) pula dianugerahkan kepada 14 penerima iaitu Ahli Jawatankuasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (Serikandi), Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Ibrahim Mohamad; Pendaftar TATI, Shahidan Embok; Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya Terengganu, Che Razali Adis dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Zulkifli Ali.

Pengurus Unit Pelancongan Terengganu, Ishamudin Hashim; Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Suryati Adnan; Pakar Patologi HSNZ, Dr. Zakaria Jusoh; Ahli Lembaga Pengarah PTB, Sulaiman Salleh; Ketua Sekretariat Technofound MARDI, Ariffin Tawang; Ketua Pegawai Eksekutif DUN Kota Putera, Abdul Rashid Awang; Pegawai Perubatan Pakar, Dr. Mohamad Ros Mohamad Ali; Pakar Neurologi Perubatan dan Kesihatan, Dr. Mohd. Nasir Tak Abdullah dan Pengerusi Eksekutif Searie Sdn. Bhd., Azri Sani Datuk Mazlan.

Empat penerima dianugerahkan darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z), 30 penerima dianugerahkan darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T), lapan menerima Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C), 171 menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), seorang menerima Bintang Lama Berjawatan (B.L.B) manakala 28 penerima dianugerahkan Pingat Lama Berjawatan (PLB).

Teganukita

No comments:

Post a Comment