Páginas

Monday 6 April 2015

Dua Taman Tema Air Rancak Pelancongan Domestik

AUTHOR: FAUZI MOHD 2 APRIL 2015 

Jambatan baharu empat lorong yang merupakan kemudahan utama menghubungkan Pangkalan Gawi ke Pulau Poh Besar sedang dalam pembinaan di Tasik Kenyir. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Bagi merancakkan sektor pelancongan domestik, kerajaan negeri akan membina dua buah taman tema air sekali gus mempelbagaikan produk pelancongan di Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, taman tema air pertama dibina di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu manakala sebuah lagi dirancang untuk dibina di Kuala Terengganu.


“Taman tema di Kenyir dijangka akan boleh beroperasi bulan hadapan dan satu lagi akan dibina di Kuala Terengganu.

“Serentak dengan itu, beberapa pendekatan yang lebih agresif juga akan dibuat dalam mempromosi Kenyir yang akan memiliki sebuah kawasan bebas cukai,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Negeri di Wisma Darul Iman, semalam.

Kerja-kerja tanah di Pulau Poh Besar untuk menyediakan tempat letak kenderaan
*****
Ketika ini, pembinaan jambatan baharu empat lorong yang merupakan kemudahan utama menghubungkan Pangkalan Gawi ke Pulau Poh Besar sedang berjalan.

Pulau yang mempunyai keluasan kira-kira 40 hektar itu juga akan dibina dua jeti iaitu untuk penumpang dan jeti untuk kargo.

Selain hotel, pulau tersebut akan menempatkan 1,000 tempat letak kereta kerana di Pangkalan Gawi tidak mempunyai kawasan yang luas untuk tempat letak kenderaan.

Teganukita

No comments:

Post a Comment