Páginas

Thursday 23 April 2015

UMNO Terengganu Setia dan Sokong Najib

 AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 22 APRIL 2015


Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO serta Perdana Menteri Malaysia.

Pengerusinya, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebagai pemimpin UMNO negeri, beliau akan bersama dalam kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.


“Kami (Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu) ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan beliau.

“Kami akan tetap bersama-sama beliau serta memastikan rakyat Negeri Terengganu terus berada menyokong Dato’ Seri Najib bersandarkan prinsip-prinsip yang telah menjadi budaya serta amalan UMNO dan Barisan Nasional selama ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa sidang media bersama Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di Rompin, Pahang, malam tadi.

Turut hadir, barisan kepimpinan UMNO negeri, Dato’ Seri Idris Jusoh, Dato’ Mohd Jidin Shafee, A Latiff Awang, Muhammad Pehimi Yusof dan Nawi Mohamad.

Ahmad Razif berkata akan tetap mempertahankan beliau untuk meneruskan tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO Malaysia.

“Kami juga akan pastikan ahli-ahli UMNO dan rakyat Terengganu terus berada bersama beliau sebagai pemimpin tertinggi parti ini,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment