Páginas

Thursday, 23 April 2015

Tiga Mantan MB Terengganu akan berforum di pentas, Menteri Besar Ahmad Razif jadi pengantara

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 22 APRIL 2015

Harap-harap menjadi kenyataan dan realiti forum atau diskusi yang cukup bernilai ini.

Ia dijangka akan berlangsung pada 14 Mei depan di jangka di sebuah Dewan di bandar Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan dalam satu pertemuan dengan pimpinan Umno Kuala Nerus kelmarin.


Dato’ Haji Ahmad Razif memberitahu, secara dasarnya Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Dato’ Seri Ahmad Said telah menyatakan persetujuan mereka.

Beliau sendiri akan menjadi pengantara atau ‘moderator’ bagi forum ini atas nama pembangunan dan masa hadapan Terengganu selaras dengan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Menurut Dato’ Haji Ahmad Razif, TTB adalah mengambil kira pelbagai idea dan pemikiran Menteri Menteri Besar sebelum ini bagi meneruskan agenda yang baik untuk rakyat dan negeri.

Tan Sri Wan Mokhtar adalah ‘Bapa Pembangunan Terengganu’, Dato’ Seri Idris ‘Bapa Pendidikan’ dan Dato’ Ahmad Said adalah “Bapa Pelancongan” Terengganu.

Beliau sebagai Menteri Besar sekarang meneruskan pelbagai agenda pembangunan Terengganu, pendidikan dan pelancongan juga.

Pastinya rakyat Terengganu bahkan rakyat seluruh negara menunggu forum yang amat bernilai dan bersejarah ini.

Teganukita

No comments:

Post a Comment