Páginas

Monday 6 April 2015

Kerajaan Negeri Tubuh Sekretariat Khas GST

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 5 APRIL 2015


Sekretariat khas ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat membuat aduan serta menyalurkan maklumat berkenaan peniaga yang menyeleweng dalam perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata sekretriat yang terdiri daripada sukarelawan pelbagai NGO itu akan bertindak sebagai orang tengah antara pengguna dan pihak berkuasa.


“Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan akan turut berkhidmat dalam sekretariat ini bagi mendengar permasalahan yan dihadapi oleh pengguna.

“Pusat Aduan Paya Bunga pula dijadikan sebagai tempat untuk rakyat membuat aduan mengenai sebarang salah laku peniaga berhubung perlaksanaan GST ini dan kemudiaannya akan dibawa kepada pihak berkuasa terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah mengadakan lawatan di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Tambahnya, kerajaan negeri akan memainkan peranan lebih aktif untuk memberi penerangan mengenai perlaksanaan GST kepada masyarakat.

Teganukita

No comments:

Post a Comment