Páginas

Thursday, 23 April 2015

YPKT Akan Lebih Proaktif Bertemu Pelanggan Di Setiap DUN

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 22 APRIL 2015

Haji Muhammad Pehimi Yusof
*****
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan lebih proaktif turun padang menerusi program Hari Bertemu Pelanggan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya aktiviti dan program agensi itu mampu dimanfaatkan oleh lebih ramai golongan sasar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, berkata banyak respon daripada masyarakat yang mengatakan mereka tidak mendapat input serta maklumat yang tepat dan jelas mengenai program YPKT.


“Sekarang ini kita minta supaya YPKT  turun bjumpa pelanggan di setiap daerah di negeri terengganu kerana saya dapati banyak program yang dibuat oleh YPK tidak diketahui oleh masyarakat.

“Alhamdulillah siri pertama telah dibuat oleh YPKNT dan mendapat sambutan yang hebat. Kebetulan semasa saya berada di sana saya tengok banyak pertanyaan-pertanyaan  yang diutarakan oleh ahli komuniti yang mana sebelum ini kita  menganggap mereka sudah tahu apakah fungsi YPK, apakah program yang dibuat oleh YPK dan  apakah rakyat mendapat manfaat daripada YPK,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Halina Zakaria, menyampaikan hadiah Pertandingan Bakat Kesenian  OKU (Semai Bakti) Peringkat Negeri Terengganu  2015, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah JKM Terengganu, Mohd Nasir Suratman.

Muhammad Pehimi berkata, hasil pertemuan dan program turun padang itu juga membolehkan seluruh komuniti dan golongan sasar berkenaan membuat permohonan pelbagai bentuk bantuan serta program yang disediakan termasuk kepada ibu tunggal dan  wanita yang mahu berniaga  dan bayi yang lahir pada 2015.

Oleh itu, katanya, pihaknya akan meneruskan program bertemu pelanggan ke seluruh DUN  supaya tiada masyarakat yang tercicir dari mendapat insentif mahupun manfaat yang tersedia di YPKT.

Teganukita

No comments:

Post a Comment