Páginas

Thursday, 9 April 2015

Tan Sri Wan Mokhtar sambut baik Terengganu masa kini meneruskan pembangunan dan pembaharuan (TTB)

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 8 APRIL 2015


Penulis bergambar dengan Tan Sri Wan Mokhtar selepas mengadakan wawancara khas.
*****
Mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad menyambut baik dan begitu gembira dengan kerajaan negeri masa kini yang meneruskan kesinambungan pembangunan  khususnya melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di bawah Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman.


“Syukurlah  dengan pembaharuan ke atas perkara-perkara  untuk rakyat kepada yang lebih baik dan menguntungkan rakyat negeri ini,” ujarnya.

Penulis pada pagi ini (8 April) mengunjungi Tan Sri Wan Haji Wan Mokhtar yang kini telah berusia 83 tahun,  di rumahnya di Jalan Ibrahim, Bukit Besar.

Penulis pernah bertugas sebagai Setiausaha Akhbar  (1986- 1999) sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.

Tan Sri adalah Menteri Besar  yang rekodnya peringkat Malaysia, paling lama berkhidmat iaitu 25 tahun atau kira-kira enam penggal. Beliau padukan pembangunan manusia dan fizikal dalam masa kepimpinannya yang lalu.

Tan Sri Wan Mokhtar banyak memperolehi maklumat tentang kebaikan dan halatuju positif kerajaan negeri masa kini kerana anaknya, YB Haji Wan Abd Hakim Wan Mokhtar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih merangkap Ketua Penerangan Umno Terengganu di bawah kepemimpinan YAB Dato’ Haji Ahmad Razif.

Beliau gembira kerana anaknya Haji Wan Hakim (Adun Air Putih, Kemaman)  turut membantu pembangunan negeri sekarang dan Umno Negeri Terengganu (selaku Ketua Penerangan Umno Negeri).

Beliau memberitahu penulis bahawa perkara yang penting ialah memastikan pembangunan termasuk dalam bandar khususnya, dijalankan mengutamakan kepentingan dan masa depan bumiputera, khususnya orang Melayu Islam di negeri ini.

“Pastikan buat sesuatu yang mampu dibeli dan dimiliki oleh kalangan kita dan elakkan tanah tanah dari terlepas tangan ke pihak asing,” katanya

Semasa menjadi Menteri Besar dahulu antara perkara penting beliau tekankan integriti dan elak campur tangan pihak lain dalam membuat sesuatu keputusan yang difikirkan baik untuk rakyat dan negeri, katanya yang telah mengadakan Syarahan Pengalaman Kepimpinan (Bicara Ekslusif) anjuran Yayasan Islam Terengganu semalam 7 April di Menara Yayasan Islam.

Beliau pernah memperkenalkan Wawasan SIHAT  semasa mengetuai kerajaan negeri.

Wawasan SIHAT yang bersifat pembangunan manusia iaitu sihat, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertaqwa kepada Allah.

Penulis lihat hampir ada persamaan dengan TTB yang juga menjuruskan kepada beberapa elemen dan pendekatan yang berteraskan agama.

Marilah kita mendoakan semoga Tan Sri Haji Wan Mokhtar serta keluarga sentiasa dalam rahmat Ilahi jua.

Teganukita

No comments:

Post a Comment