Páginas

Monday, 27 April 2015

Sultan Mizan Ingatkan Rakyat Waspada Kemunculan Anasir Gugat Keharmonian

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 26 APRIL 2015

Sultan Mizan berkenan menyampaikan titah di istiadat penghadapan dan pengurniaan bintang-bintang darjah kebesaran negeri, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan, di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Harish Fadzilah Kasim dan Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat di segenap lapisan agar berhati-hati, berwaspada dan peka terhadap kemunculan anasir-anasir yang cuba mengganggu -gugat keharmonian serta jalinan perhubungan yang erat dan mesra di kalangan rakyat Terengganu.


“Dalam hal ini, beta menasihatkan agar rakyat setia kepada negara dan menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan akal kurniaan Ilahi serta tidak terlalu dipengaruhi emosi, yang pada akhirnya akan membawa kerugian besar kepada agama, bangsa dan negara.

“Beta juga mengingatkan rakyat beta supaya bersatu-padu ke arah kebaikan dan tidak mencari jalan untuk bermusuhan sesama sendiri yang pada akhirnya akan hanya meruntuhkan perpaduan serta keharmonian yang telah dikecapi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian di istiadat penghadapan dan istiadat pengurniaan bintang-bintang darjah kebesaran negeri, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan, di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Sultan Mizan seterusnya menyeru rakyat supaya saling menghormati antara satu sama lain serta tidak melanggar batasan, sensitiviti dan sempadan sesama sendiri serta antara agama.

“Beta berharap kerajaan negeri mengambil langkah-langkah yang sepatutnya terutamanya dalam memberikan penekanan dan  kefahaman yang mendalaman kepada generasi-generasi muda,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda juga menitahkan bahawa pada hari ini, persoalan akidah menimbulkan pelbagai tafsiran serta pertikaian sehinggakan wujud segelintir umat Islam menjadi keliru.

Titah baginda lagi, isu itu tidak seharusnya wujud sedangkan umat Islam hakikatnya bertauhidkan kepada akidah yang sama, berimankan kepada Tuhan Yang Esa dan berkiblatkan ke arah yang sama.

Oleh itu, beta berharap kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) merangka program yang lebih menyeluruh ke arah pemantapan fahaman ajaran Islam yang sebenar di kalangan rakyat agar dapat menangkis anasir yang cuba mengikis serta memusnahkan kefahaman dan akidah umat Islam terhadap Agama Islam sebenar.

“Beta menyarankan kerajaan negeri hendaklah komited dalam usaha membela rakyat dengan menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda penting tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

“Segala perancangan dan dasar yang digubal haruslah mengambil kira kehidupan dan keperluan rakyat terutama glongan yang memerlukan perhatian,”titah baginda.

Teganukita

No comments:

Post a Comment