Páginas

Wednesday 22 April 2015

Terengganu Kerah 1,400 Jentera Parti Di Tujuh PDM Rompin

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 22 APRIL 2015



Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengerahkan jentera parti  seramai 1,000 orang secara bergilir-gilir dan 400 orang sepenuh masa untuk bertugas  di tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin 5 Mei ini.

Pengerusinya, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semua jentera yang ditugaskan akan memikul amanah bagi memastikan semua tujuh PDM berkenaan mampu membawa kemenangan kepada Rompin untuk kekal ditawan oleh Barisan Nasional (BN).


Tujuh PDM berkenaan ialah Kedaik,  Gading, Leban Condong, Sungai Puteri, Kuala Rompin, Bandar Baru Rompin dan Pontian.

“Kawasan itu merangkumi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Muadzam Shah dan Tioman di mana ianya telahpun dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional,”katanya.

Beliau yang juga menteri Besar Terengganu  ditemui pemberita di sidang media bersama Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di Rompin, malam tadi.

Turut hadir, barisan kepimpinan UMNO negeri, Dato’ Seri Idris Jusoh, Dato’ Mohd Jidin Shafee, A Latiff Awang, Muhammad Pehimi Yusof dan Nawi Mohamad.

Ahmad razif berkata,  Terengganu yang  mempunyai lapan bahagian menghantar sekurang-kurangnya 50 orang jentera penerangan sepenuh masa bagi membantu PRK kali ini.

“Dibantu oleh ahli-ahli UMNO yang lain kita yakin dapat menaikkan majoriti kemenangan di dua DUN ini apabila kita menggunakan strategi yang diguna pakai semasa PRK Pengkalan Kubor,” katanya.

Tambah beliau, calon BN yang ditonjolkan bagi berdepan lawan dalam pertandingan itu juga dijangka dapat meneruskan rentak kemenangannya.

“Dato’ Hasan Arifin merupakan calon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik.

“Beliau juga seorang yang mesra dan mudah untuk mendekati rakyat setempat, jadi saya yakin BN mampu untuk menyambung legasi Tan Sri Jamaluddin Jarjis,” katanya.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lepas.

Teganukita

No comments:

Post a Comment