Páginas

Tuesday, 28 April 2015

‘Karnival UniSZA Universiti Komuniti’ Sasar Lebih 10,000 Pengunjung

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 27 APRIL 2015


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) buat julung kalinya akan menganjurkan ‘Karnival UniSZA Universiti Komuniti’ selama tiga hari bermula 7 Mei ini bertempat di Padang Lapang Sasar, Kampus Gong Badak Kuala Terengganu.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat & Antarabangsa UnisZA, program yang menyasarkan lebih 10,000 pengunjung itu dijangka akan dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


“Karnival selama tiga hari itu akan dipenuhi dengan pelbagai akitiviti kemasyarakatan antaranya sukan rakyat, bengkel, temuduga terbuka, klinik memanah, solat hajat perdana, forum perdana, pertandingan bola sepak, futsal, demontrasi, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, persembahan pancaragam, senamrobik perdana, malam kebudayaan kesenian Islam, ceramah dan banyak lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sasaran penganjuran karnival tersebut bukan sahaja fokus pada industri, malahan semua lapisan masyarakat dan diharapkan dengan penganjuran karnival berkenaan, akan ada program-program lain yang berbentuk kerjasama akan terjalin.

“Antara penerapan elemen yang akan ditonjolkan pada penganjuran karnival ini adalah pendedahan mengenai khidmat kaunseling, pemeriksaan kesihatan, forum agama, bidang kesukanan, ilmu keusahawanan, memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang kehidupan di universiti, kesenian dan juga pameran-pameran daripada jabatan-jabatan yang terpilih.

“Selain itu juga, UniSZA turut menjemput pameran daripada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi yang membuka pameran dan memberi perkhidmatan secara langsung kepada bakal pengunjung,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment