Páginas

Monday 27 April 2015

Terengganu Perintis Projek Penternakan Terumbu Karang Di Malaysia

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 23 APRIL 2015


Terengganu telah dipilih untuk menjadi perintis bagi membangunkan projek penternakan terumbu karang di Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, buat permulaan, Pulau Bidong telah dipilih untuk menjadi lokasi projek perintis tersebut dengan melibatkan 20 peserta yang terdiri dari nelayan tempatan.


“Ini adalah satu lagi transformasi yang melibatkan nelayan di mana skop pendapatan mereka tidak hanya terhad untuk menangkap ikan, sebaliknya mereka bakal dibimbing menjadi penternak terumbu karang yang berjaya kerana industri ini mempunyai potensi sangat besar di pasaran dunia.

“Saya juga berharap agar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dapat mengenalpasti lebih banyak kawasan baharu untuk projek ini memandangkan kita mempunyai banyak sumber yang sesuai untuk industri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pembangunan projek penternakan terumbu karang di Pulau Bidong antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, Jabatan Perikanan Malaysia, Yayasan Coral Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu,hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Projek penternakan terumbu karang di dasar laut Pulau Bidong seluas 30 hektar itu dijangka memberi pulangan kira-kira RM60,000 dalam tempoh antara tiga hingga empat bulan bagi setiap hektar yang diusahakan.

Teganukita

No comments:

Post a Comment