Páginas

Monday, 27 April 2015

Institusi Kewangan Perlu Main Peranan Bantu Usahawan, Elak Kerenah Birokrasi

 AUTHOR: SURIATI ALI | 23 APRIL 2015

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
*****
Institusi kewangan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa memainkan peranan masing-masing dalam memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi program Agropreneur Muda untuk melahirkan 1,000 usahawan pertanian pada tahun ini seperti yang ditetapkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dapat direalisasikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peringatan itu termasuklah keperluan membuang sikap yang menjurus ke arah menghampakan usahawan sebaliknya institusi kewangan perlu lebih membudayakan sikap ingin membantu sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi khususnya semasa proses permohonan pinjaman dijalankan.


Katanya, langkah itu juga penting bagi memastikan kegagalan untuk melahirkan 1,000 usahawan agropreunuer dalam setahun tidak kembali berulang.

“Tahun ini merupakan tahun pertama KPI Agropreneur Muda ditetapkan oleh perdana menteri jadi, kena kerja lebih, dan tidak boleh main-main.


Tahun lalu, di bawah KPI kementerian, kita hanya dapat melahirkan kira-kira 30 peratus usahawan yang mana punca kegagalannya adalah dari segi permohonan iaitu tidak mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank.

“Kadang-kadang mungkin dari segi syarat, keperluan bank mungkin tidak dapat dipenuhi usahawan muda yang ingin mencuba dan ini menyebabkan mereka gagal untuk lebih ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam dan Perjumpaan bersama Pengarah-Pengarah Negeri dan Pegawai Jabatan serta Agensi berkaitan di bawah kementerian itu di sebuah hotel di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad.

Sehubungan itu, Ismail Sabri mahu institusi seperti Agro Bank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) supaya lebih memberikan tumpuan untuk program tersebut.

Teganukita

No comments:

Post a Comment