Páginas

Wednesday, 29 April 2015

Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi HSNZ Beroperasi Sepenuhnya Akhir Tahun Ini

AUTHOR: NORAINI JUSOH 28 APRIL 2015

Dato' Muhammad Pehimi Yusof
*****
Dengan kemasukan jururawat secara berperingkat ke Kompleks Pakar Materniti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dijangka membolehkan Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi yang pertama di Pantai Timur itu beroperasi sepenuhnya akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, setakat ini hanya 260 katil digunakan berikutan kekurangan petugas di jabatan itu.


“Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi HSNZ memiliki 312 katil keseluruhannya, namun memandangkan kekurangan jururawat, hanya 260 katil mampu menampung pesakit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah ke pusat itu, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar.

Menurut beliau, setakat ini proses kemasukan jururawat ke pusat berkenaan berlaku dari semasa ke semasa.

“Kita mendapat pertambahan kakitangan secara berperingkat, justeru dijangka selewat-lewatnya akhir tahun ini semua baki katil yang ada boleh digunakan,” ujarnya.

Katanya, secara purata 1,000 kelahiran berlaku di hospital berkenaan pada setiap bulan.

Teganukita

No comments:

Post a Comment