Dato' Muhammad Pehimi Yusof
*****
Dengan kemasukan jururawat secara berperingkat ke Kompleks Pakar Materniti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dijangka membolehkan Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi yang pertama di Pantai Timur itu beroperasi sepenuhnya akhir tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, setakat ini hanya 260 katil digunakan berikutan kekurangan petugas di jabatan itu.