Páginas

Monday 4 May 2015

Sultan Mizan Rasmi PB Square

AUTHOR: NORAINI JUSOH 3 MAY 2015


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Paya Bunga Square (PB Square) Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berkenan berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria.


Hadir sama, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.

Sultan Mizan kemudiannya berkenan bertitah dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian.

Selepas itu, baginda Sultan Terengganu dan Sultanah berangkat melawat kompleks bersepadu setinggi 19 tingkat dan berkeluasan tapak 9,733 meter persegi itu yang terdiri daripada tiga komponen pembangunan yang berbeza iaitu podium perniagaan, ruang pejabat dan hotel yang mempunyai reka bentuk warisan tradisional Terengganu.

Ia merupakan projek kormesial pertama yang dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

PB Square mula dibina pada 17 Februari 2008 dan secara rasminya dibuka kepada orang ramai pada 1 Disember 2014 lalu.

Kini, pelbagai rangkaian kedai seperti batik, songket, kedai buku dan alat telekomunikasi telah memenuhi lot-lot kedai yang ditawarkan.

Teganukita

No comments:

Post a Comment