Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain itu mesyuarat berkenaan juga bakal membincangkan hala tuju serta bagaimana untuk memastikan proses perlembagaan dan pemilihan parti itu berjalan dengan lancar.
“Saya sebagai pengerusi biro agak lega kerana kita sekarang ni mempunyai masa untuk menambah baik pindaan perlembagaan UMNO. Rata-rata ramai yang mahukan ia ditangguh … selain itu, kita juga dapat menerima maklum balas daripada ahli kita sehingga ke akar umbi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
SUBANG, 27 Jun -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) diiringi Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Roslan Saad (dua, kiri) ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama warga TUDM di Masjid Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang malam ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO menangguhkan pemilihan bagi mengukuhkan parti dan memberi keutamaan kepada perkhidmatannya untuk rakyat.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata penangguhan itu dibuat mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment