Páginas

Monday 27 July 2015

YPKT Sedia RM10 Juta Bantu 622 Ibu, Bapa Tunggal

 AUTHOR: SURIATI ALI 23 JULY 2015


Kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas sebanyak RM10 juta bagi membantu 622 bapa dan ibu tunggal miskin tegar di Terengganu mempertingkatkan taraf ekonomi mereka, sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, peruntukan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu diagihkan mengikut keperluan program dan aktiviti yang dirancang.


“Antara program yang dilaksanakan YPKT pada tahun lalu termasuk pembangunan modal insan dan ekonomi, latihan kemahiran, bantuan pengurusan kelab dan persatuan.

“Program lain, insentif perkahwinan serta insuran berkelompok dan tabung kebajikan ibu dan bapa tunggal .
Program sama akan dteruskan pada tahun seterusnya, “ katanya kepada teganukita.

Katanya, YPKT telah membelanjakan RM283,000 untuk diagihkan kepada 25 peserta Program Jaya Diri (PJD) sepanjang enam bulan pertama tahun.

“PJD yang diperkenalkan dua tahun lalu menawarkan pinjaman serendah RM5,000 hingga RM20,000 tanpa faedah kepada setiap peserta bagi memajukan perniagaan masing-masing.

“Disamping tawaran pinjaman, peserta turut mendapat khidmat nasihat dan bimbingan daripada beberapa agensi teknikal dan universiti tempatan, terutama berkaitan kaedah pengendalian projek dan selok belok pasaran,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment