Páginas

Monday, 6 July 2015

Masjid Baharu Ajil RM11 Juta Dibina Tahun Depan

AUTHOR: MASTURA JAMALDIN 4 JULY 2015


Sebuah masjid baharu yang lebih selesa untuk jemaah yang lebih ramai akan dibina di Pekan Ajil bermula tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018.


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata masjid baharu itu dengan anggaran kos pembinaan RM11 juta perlu dibina memandangkan masjid yang ada sekarang ini hanya dapat menampung kira-kira 500 jemaah.

“Masjid sekarang ini agak tidak selesa dan sempit untuk solat Jumaat terutamanya sebab penduduk di sini lebih 1,500 orang, masjid baharu akan dibina bermula tahun depan dan masjid ini kelak akan dilengkapi pelbagai fasiliti seperti tandas, ruang solat, pendingin hawa dan kelas untuk pembelajaran agama dijalankan.  

“Ia akan dibina di atas tanah berkeluasan dua hektar di belakang Masjid Ajil yang asal,” katanya di  Majlis Berbuka Puasa Peringkat Daerah Hulu Terengganu di perkarangan Masjid Ajil, Hulu Terengganu.

Hadir sama Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Ghazali yang juga merupakan ADUN Ajil berkata, masjid berkenaan apabila siap kelak dapat menampung lebih 1,500 jemaah dalam satu masa.

Katanya, masjid baharu itu akan menjadi sebagai masjid contoh yang mana ruang dalam masjid boleh dilaraskan mengikut jemaah sekali gus akan menjimatkan kos operasi terutamanya eletrik.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment