Páginas

Sunday 12 July 2015

Aliran Trafik Dua Hala Jalan Bulatan Batu Bersurat-Pejabat Pos Mulai 12 Julai

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 8 JULY 2015


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menukar aliran trafik sehala kepada dua hala melibatkan jalan dari Bulatan Batu Bersurat menghala ke Pejabat Pos bermula 12 Julai ini.


Perubahan yang berkuatkuasa menjelang 12.01 tengah malam itu, bertujuan bagi melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan sepanjang satu kilometer berkenaan menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohd Kamil Othman berkata, laluan yang sebelum ini dua hala ditukar kepada sehala sejak empat tahun lalu itu, dijangka akan turut memberi kepuasan kepada pengguna lalu lintas serta orang ramai terutama peniaga di sekitar laluan terlibat.

“Ramai peniaga di sepanjang laluan itu terutama pengusaha hotel, kedai kain batik dan songket merungut apabila jalan berkenaan diubah kepada sehala berikutan perniagaan mereka mengalami kemerosotan sedikit berbanding ketika laluan dua hala.

“Oleh iu, kita berharap selepas diubah kepada sehala pada 12 Julai nanti, boleh berlaku peningkatan semula kepada hasil perniagaan mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Pejabat MBKT, hari ini.

Mohd kamil berkata, kerja-kerja pengubahsuaian untuk menukar laluan itu dimulakan sejak semalam dan dijangka selesai esok.

Beliau berkata, MBKT dengan kerjasama Polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau dan mengawal lalu lintas berkenaan bagi memastikan orang ramai dapat mematuhi arahan menggunakan aliran trafik baharu itu.

20150708_102804

Mohd Kamil berkata, aliran trafik dua hala itu akan dikekalkan  selagi masyarakat dan pengguna jalan raya boleh menerima situasi itu, sekali gus ia berupaya mengurangkan kesesakan di pusat tumpuan ramai itu.

Sementara itu, pihaknya juga akan mengekalkan penutupan lima laluan dan persimpangan utama sekitar Kuala Terengganu sempena Hari Raya Aidilfitri sebagaimana tahun lalu.

Jalan terlibat  ialah Persimpangan Bukit Tumbuh; Persimpangan Bukit Tunggal; Persimpangan Buloh Gading/Tanjung Bunut; Persimpangan Gong Kapas/Pasir Panjang dan Persimpangan Jalan Kemajuan/Jalan Tengku Mizan.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment