Páginas

Thursday 2 July 2015

Program Agihan Bubur Lambuk DUN Jerteh Sempena Ramadan 2015


2 Julai 2015 (Khamis) - Pergerakan Wanita Penyelaras DUN Jerteh dan Wanita UMNO Bahagian Besut bergandingan memasak 10 periuk besar bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada petang ini.


Kerja-kerja memasak bermula seawal jam 7.00 pagi diagihkan kepada setiap PDM yang diketuai oleh pengerusi PDM (wanita). 1000 bekas dijangka akan diagihkan kepada orang ramai di perkarangan pejabat pusat khidmat ADUN Jerteh di Gong Kemuntong.

Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof dan isteri To'Puan Roslida Daud akan mengagihkan sendiri kepada orang ramai.








Haji Wan Aziz | MediaJertih

No comments:

Post a Comment