Páginas

Wednesday, 1 July 2015

Wujud Sekretariat Di Kuala Lumpur Untuk Perantau

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 30 JUNE 2015


Ahmad Razif bermesra dengan perantau pada Majlis Berbuka Puasa  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi.


Sebuah sekretariat akan diwujudkan di Kuala Lumpur pada tahun depan bagi mengendalikan urusan Dana Raya dan Dana Bakti Remaja untuk anak-anak Terengganu yang layak di sekitar Lembah Klang dan Selangor..

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Terengganu mempunyai pelbagai sekreteriat antaranya PESAT dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata),  jadi mudah bagi golongan yang berkelayakan membuat urusan tanpa perlu pulang ke Terengganu.

“Katanya, pada masa sama,  kerajaan negeri sudah mewujudkan  sistem  e-aduan yang dikendalikan oleh Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA) sebagai pusat aduan perantau  boleh  mengemukakan sebarang masalah mengenai pembahagian dana.

“Melalui e-aduan, kita dapat melihat apa permasalahan yang ada dalam pembahagian dana buat masa sekarang.

“Masalah yang dikemukakan di situ akan diserahkan kepada mereka (PUTRA) dan akan diselesaikan agar ianya dapat ditambah baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi.

Lebih 2,000 anak Terengganu yang menetap di Selangor dan Kuala Lumpur hadir meraikan majlis itu

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Speaker DUN Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dalam majlis itu, Ahmad Razif sempat beramah mesra dan berkongsi pengalaman serta idea dengan anak Terengganu selepas selesai berbuka puasa.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment