Páginas

Sunday 26 July 2015

Perdana Menteri hadiri rumah terbuka Abdullah


NAJIB Razak bersama-sama Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi (tengah) di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
*****
PUTRAJAYA 26 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini.


Ketibaan Perdana Menteri dan isteri pada pukul 1.45 petang itu disambut oleh Abdullah serta isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Abdullah itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perdana-menteri-hadiri-rumah-terbuka-abdullah-1.117212#sthash.Ni1RzUKt.dpuf

No comments:

Post a Comment