Páginas

Monday, 27 July 2015

Terengganu Yakin Capai Sasaran Peningkatan KDNK 8 Peratus Setahun

AUTHOR: NORAINI JUSOH 27 JULY 2015


Kerajaan negeri yakin mampu mencapai sasaran peningkatan KDNK negeri secara putara sebanyak 8 peratus setahun dari tahun 2015 hingga 2020 iaitu meningkat daripada RM20.5 bilion pada tahun 2013 kepada RM33.8 bilion pada tahun 2020.


Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan peranan yang dimainkan pemain industri dan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T).

“Dengan pelan-pelan tindakan yang diambil secara berterusan dan perancangan stategik oleh MEN-T, sasaran peningkatan KDNK negeri secara purata sebanyak 8 peratus setahun mampu dicapai dengan sokongan 101 wakil pemain industri di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sesi ‘Townhall’ Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu Bersama Jabatan Kerajaan dan Swasta di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Majlis itu bertujuan memberi penerangan kepada jabatan, agensi dan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan sektor swasta berkaitan usaha yang sedang diambil oleh kerajaan negeri dalam membuat transformasi ekonomi negeri.

Wan Nawawi berkata, melalui MEN-T, kerajaan negeri telah mengenalpasti empat sektor teras ekonomi negeri ini yang akan diberi tumpuan khusus iaitu sektor (perkilangan, minyak dan gas); pelancongan; bioteknologi; dan (komunikasi, perisian, maklumat dan emerging teknologi).

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment