Páginas

Monday, 27 July 2015

Bulan Kemerdekaan Negara Bermula Di Kuching 8 Ogos Ini

AUTHOR: FAUZI MOHD 26 JULY 2015
Sambutan bulan kemerdekaan yang bertemakan “Sehati Sejiwa” akan bermula di Kuching, Sarawak pada 8 Ogos ini dan ia dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. 


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pelbagai aktiviti sampingan lain disediakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan selain upacara kemuncak pada 31 Ogos nanti.

“Kita harapkan bahawa walau apapun terjadi pada kita, pada rakyat, perbezaan antara kita, ia tidak bermakna kita tidak boleh menyatukan hati-hati kita dalam menunjukkan kecintaan, kasih dan sayang kita kepada negara ini,” katanya semalam.

Ahmad Shabery berkata, orang ramai dijemput supaya datang membanjiri Dataran Merdeka bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan negara nanti.

Menurutnya sambutan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Merdeka tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment