Justeru itu, Najib yakin prestij sekolah Imtiaz yang penubuhannya menekankan konsep Ulul Albab mampu mengangkat ketamadunan Islam, sekali gus mengelak umat Islam berpecah belah.
Dalam majlis itu juga Perdana Menteri turut memenuhi permohonan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi membina sebuah dewan serba lengkap bagi kegunaan Imtiaz Besut.
Pengunguman itu dibuat pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran Program Al-Shahadah Al-Ulya Ulul Albab sempena Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri.
Penubuhan sekolah imtiaz adalah hasil idea bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang kini Menteri Pendidikan Kedua pada 31 Mei 1996, kesinambungan daripada program “Pintar Qur’an” yang telah dilaksanakan di Besut.
Program Pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab adalah satu program untuk melahirkan ilmuan Islam yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab) dan ia merupakan program perintis di Malaysia.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment