Páginas

Sunday, 26 July 2015

Saya Masih Bersama BN – Ahmad Said

AUTHOR: FAUZI MOHD 26 JULY 2015


Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial.


Ahmad dalam laporan Bernama berkata, kalau beliau mahu meninggalkan BN ia pastinya telah dibuat setahun yang lalu.

“Saya masih bersama BN dan masih lagi ADUN Kijal, siapa yang sebarkan berita saya keluar BN, itu tidak benar” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Telok Kalong, Kemaman, semalam.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment