Páginas

Monday 13 July 2015

Rumah Terbuka MB Selepas Solat Jumaat

AUTHOR: FAUZI MOHD 13 JULY 2015


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria akan diadakan pada hari raya pertama, Jumaat ini di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu.


Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, majlis rumah terbuka itu akan diadakan selepas Solat Jumaat bermula pukul 2.30 petang hingga 6 petang.

Orang ramai dijemput menghadiri rumah terbuka itu.

Tahun lalu, Ahmad Razif membatalkan majlis rumah terbuka pertama beliau sebagai Menteri Besar bagi menghormati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak dan terhempas di Ukraine yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal MH17.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment