Páginas

Monday, 14 December 2015

Bekalan Makanan Untuk Mangsa Banjir Dihantar Awal November lalu

AUTHOR: SURIATI ALI 13 DECEMBER 2015


Stok bekalan makanan yang mampu menampung sekurang-kurangnya 5,000 mangsa untuk tempoh tujuh hari sudah dihantar pada awal November lalu ke 162 pengkalan hadapan banjir di seluruh negeri, bagi menghadapi kemungkinan banjir, dijangka akhir tahun ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, berkata sekiranya bekalan makanan dan keperluan asas itu tidak mencukupi, pihaknya bersedia membuat penghantaran tambahan yang diperoleh daripada pembekal terus ke pusat perpindahan banjir.

Katanya, pembekal daerah yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan ditambah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas yang lain.

“JKM turut menempatkan sebuah kontena dengan mengutamakan kawasan yang sebelum ini berlaku banjir besar, termasuk Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Setiu. “Setiap daerah akan menyediakan sekurang-kurangnya dua pusat pemindahan banjir di kawasan bandar manakala bagi sebuah pusat permindahan di pinggir bandar,”katanya.

Menurutnya, tujuh jawatankuasa ditubuhkan bagi tujuan sama meliputi jawatankuasa pendaftaran mangsa, bekalan keperluan, makanan, kesihatan dan kebersihan, keselamatan, aktiviti dana sukarelawan.

“Setiap jawatankuasa dianggotai sekurang-kurangnya lima orang atau bergantung kepada jumlah mangsa di pusat permindahan,”katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment