Páginas

Sunday 6 December 2015

UMT Jalin Kerjasama Strategik Dengan Heriot-Watt University

AUTHOR: FAUZI MOHD 5 DECEMBER 2015


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan universiti terkemuka Heriot-Watt University sebagai persetujuan untuk menjalin kerjasama strategik pembangunan akademik.


Heriot-Watt University merupakan universiti yang tersenarai berada di dalam senarai World’s Top University dan merupakan salah sebuah universiti yang memberi fokus kepada bidang sains kelautan dan maritim serta geologi di dunia.

UMT dalam kenyataan berkata kerjasama tersebut adalah selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta mewujudkan jaringan kerjasama rakan strategik di samping bertukar kepakaran.

Menurut UMT melalui kerjasama tersebut kedua-dua pihak dapat melakukan perkongsian maklumat penyelidikan dan bahan pengajaran serta dapat menyertai aktiviti-aktiviti akademik di Heriot-Watt University dan UMT, mengadakan penganjuran bersama seminar serta melaksanakan Program Ijazah Bersama.

Dengan kerjasama ini juga UMT dapat meningkatkan citra dan jaringan antarabangsa terutama dalam bidang marin sains dengan universiti yang mempunyai reputasi yang cemerlang dalam bidang sains marin di samping memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik UMT untuk bekerjasama dalam penyelidikan dengan penyelidik dari Heriot-Watt University.

Sebagai permulaan UMT akan melaksanakan program pertukaran pelajar pascasiswazah dari Heriot-Watt untuk penyelidikan selama tiga bulan di bawah selian penyarah UMT iaitu Dr. Juanita Joseph dan Dr Jarina Mohd Jani.

UMT berkata pihaknya dengan Heriot-Watt University telah bekerjasama sejak 2012 melalui beberapa program penyelidikan dan pertukaran pelajar.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment