Páginas

Thursday, 3 December 2015

Sidang DUN : Kerajaan Pusat Salur RM73 Juta Majukan Tasik Kenyir

AUTHOR: SURIATI ALI 3 DECEMBER 2015


Hasrat untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan terkemuka semakin jelas apabila kerajaan pusat bersetuju menyalurkan perbelanjaan kira-kira RM73 juta tahun depan.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukkan itu disalurkan melalui beberapa pelaksanaan projek infrastruktur dan komersil.

“Peruntukan besar itu tidak akan diperoleh sekiranya Kerajaan Terengganu tidak mengambil inisiatif memajukan lokasi pelancongan itu.

“Peruntukan itu tidak termasuk perbelanjaan untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dijangka akan menelan belanja tidak kurang RM500 juta,” katanya.

Antara projek yang terlibat katanya, Pusat Penempatan Bandar Baharu Gawi (RM40 juta), Jaringan Pengangkutan Air (RM11.5 juta), Kemudahan Awam (RM 8.5 juta) dan Pusat Pembangunan Pesisir Air di Pengkalan Gawi (RM5 juta).

Selain itu, projek lain seperti Pusat Komersial (RM5 juta) dan Kompleks Santuari Kelah (RM3 juta) akan turut dibina.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment