Páginas

Sunday 20 December 2015

Hari Keluarga Permata Kumpul 300 Pelajar Terengganu Zon Selatan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 19 DECEMBER 2015


Hari Keluarga Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Zon Tengah yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai disambut meriah dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Program anjuran Permata dan Yayasan Terengganu itu mengumpulkan hampir 300 pelajar dari lima buah institut pengajian tinggi awam dan swasta dari sekitar zon tersebut.

Antara yang terlibat ialah UTM sebagai tuan rumah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Segamat, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang lawatan tersebut antaranya senamrobik dan sukaneka bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin negeri dan pelajar Terengganu yang berada di zon itu.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir. Rosli Othman, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment