Páginas

Tuesday 1 December 2015

Sidang DUN: Belanja RM2.9 Juta Untuk 2,151 Pesakit

AUTHOR: SURIATI ALI 30 NOVEMBER 2015


Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM2.9 juta menerusi Tabung Darul Iman sepanjang sepuluh pertama tahun ini bagi membantu 2,151 pesakit di seluruh Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, berdasarkan jumlah itu, pesakit jantung mencatatkan 663 kes membabitkan peruntukan RM850,000, pesakit buah pinggang (317 kes, RM450,000) dan pesakit barah pula 396 kes membabitkan jumlah bayaran RM617,000.

Katanya, bayaran lain termasuk bantuan peralatan dan bil perubatan pula melibatkan 775 kes dengan peruntukan lebih RM 1 juta.

“Parlimen Marang mencatatkan penerima bantuan paling tinggi dengan bilangan kes 460 membabitkan bayaran RM481,000, diikuti Kuala Nerus (313 kes,RM426,000); Kuala Terengganu (287 kes, RM369,000) dan Dungun (267 kes, RM340,000).

“Manakala bagi Kemaman pula mencatatkan 225 kes dengan bayaran RM 300,000; Hulu Terengganu (224 kes, RM332,000) dan Besut (176 kes, RM342,000),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, hari ini.

Muhammad Pehimi berkata melalui tabung yang disediakan itu diagihkan kepada dua saluran iaitu Tabung Musibah dan Tabung Perubatan.

Katanya, kerajaan negeri akan membuka Pusat Tabung Darul Iman (PTDI) di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, kemungkinan Januari tahun depan bagi memudahkan orang ramai memohon bantuan kesihatan .

“Kita juga sedang membina portal khas, apabila siap kelak pemohon hanya perlu berususan secara dalam talian. Sekiranya sukar berbuat demikian boleh mengunjungi PTDI,”katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment