Páginas

Friday, 18 December 2015

Terengganu Sasar Buka 50 Chicken Cottage Di Seluruh Negara

AUTHOR: SURIATI ALI 17 DECEMBER 2015

Ahmad Razif menunjukkan menu istimewa yang ditawarkan Chicken Cottage selepas Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Pertama Di Malaysia Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, hari ini Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Terengganu menyasarkan sekurang-kurangnya 50 rangkaian restoran makanan segera halal bertaraf antarabangsa Chicken Cottage dapat beroperasi di seluruh negara termasuk sembilan di Terengganu sebelum menjelang 2020.


Manakala 300 restoran seumpamanya bakal dibuka di luar negara membabitkan negara Timur Tengah, Afrika, India, China, Arab Saudi dan Australia dalam tempoh yang sama.

Di pasaran tempatan, Chicken Cottage juga akan mula dibuka di Lembah Klang, Putrajaya, Johor ,Kelantan dan beberapa lagi negeri yang lain pada tahun depan..

Setiap pembukaan Chicken Cottage menawarkan sekurang-kurangnya 50 peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, cadangan pembinaan restoran Chicken Cottage terbesar, lebih moden dan dilengkapi pebagai kemudahan moden di kawasan Kampung Tanjong, Kuala Terengganu pada tahun depan.


Katanya, langkah itu sejajar dengan pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di kawasan sama yang kini giat dijalankan.

“Kita juga akan membinanya di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sebagai langkah menarik lebih ramai pelancong.

“Manakala. cadangan pembukaan Chicken Cottage di Tanah Suci, Mekah, saya sudah meminta pegawai berkaitan mengadakan rundingan dengan pengusaha berkaitan di negara itu,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Pertama Di Malaysia Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, hari ini.SYA_5129

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda, Pengerusi TI Gobal Food Management Limited, Dato’ Wan Ismail Wan dan Pemangku Pengarah Urusan, TI Global Food Management Limited, Khalizan bin Mahmud.

Chicken Cottage menyajikan pelbagai menu makanan segera berasaskan ayam, daging dan burger yang digoreng serta dipanggang.

Tawaran harga bergantung kepada pakej yang ditawarkan, ada yang serendah RM3.00.

Kerajaan negeri melalui Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan Global Food Brands telah bergabung untuk mengambil alih jenama Chicken Cottage yang mempunyai hampir 130 restoran di United Kingdom dan beberapa lagi di beberapa bahagian di dunia ini.

Pelaburan kerajaan negeri dengan syarikat itu bukan sahaja sebagai pemain global di dalam industri makanan halal dunia malah dapat melebarkan kepada syarikat-syarikat di Malaysia.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment