Páginas

Sunday, 6 December 2015

UMNO Dungun Hargai 92 Bekas Pemimpin Bahagian

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 5 DECEMBER 2015


Dalam menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli UMNO di bahagian Dungun, Program Jasamu Dikenang Budimu Disanjung direalisasikan semalam.


Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam berkata program tersebut diusahakan bagi memberi penghargaan serta penghormatan kepada mantan pimpinan bahagian tersebut.

“Amat disedari penglibatan, khidmat, pengorbanan dan jasa bakti mereka yang diraikan ini sememangnya tidak ternilai.

“Namun UMNO Dungun tetap mengambil inisiatif untuk meraikan dan menghargainya dengan sekecil penghargaan sebagai menifestasi bahawa jasamu tetap dikenang, budimu tetap disanjung ,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar merangkap Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di UITM Dungun, semalam.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Pada majlis tersebut, seramai 92 ahli yang terdiri daripada mantan pimpinan Bahagian Dungun menerima cenderahati penghargaan.

Antara yang diraikan pada majlis itu, bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Dato’ Rosli Mat Hassan dan dua bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Za’abar Mohd Adib dan Dato’ Aziz@Ibrahim Awang.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment