Páginas

Wednesday 2 December 2015

Sidang DUN : ADUN Air Putih Mahu Aktiviti Perlombongan Bauksit Dihentikan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 1 DECEMBER 2015

 ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar
*****
Isu bauksit di Kemaman terutamanya di DUN Air Putih mendapat perhatian sepenuhnya oleh ADUN kawasan tersebut kerana aktiviti itu diakui mengundang masalah kepada masyarakat sekitar.


ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah memberi permit kepada mana-mana pihak dalam perlombongan bauksit di Negeri Terengganu.

Katanya, walaupun ada penguatkuasaan dari pelbagai pihak namun ianya tidak mendatangkan sebarang perubahan.

“Sehingga hari ini, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan mana-mana permit kepada pengusaha bauksit walaupun ada yang memohon untuk melakukan perlombongan di dalam negeri ini.

“Walaupun ada di antara mereka yang dikenakan denda sehingga RM15,000 namun ianya tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesalah tersebut kerana hasil diperolehi dalam masa sehari adalah melebihi daripada itu (jumlah denda),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.

Wan Abdul Hakim berkata, beberapa kaedah akan digunapakai dalam mengatasi masalah tersebut.

“Dari segi pengawalan, kita tidak dapat melakukan apa-apa kerana mereka melombong di negeri Pahang dan melalui jalan persekutuan.

“Namun demikian, saya difahamkan penduduk di sekitar Kampung Neram dan Jabor sedang mengumpulkan tandatangan untuk disampaikan kepada Perdana Menteri supaya menghentikan pemanduan lori yang memuatkan bauksit dari melalui jalan tersebut sehingga mengakibatkan jalan rosak teruk,” katanya.

Tambahnya, beliau turut akan meminta pertolongan dari Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek untuk menyampaikan masalah tersebut supaya kerajaan pusat campur tangan dalam isu itu.

Selain itu, Wan Abdul Hakim berkata surat kepada kerajaan negeri turut akan dihantar supaya menghentikan segala aktiviti berkaitan bauksit di Kemaman.

“Bermula tahun hadapan, saya harapkan agar mana-mana aktiviti berkaitan bauksit sama ada pengangkutan ataupun pengeskportan bauksit tidak dilakukan di Kemaman kerana ia menjejaskan pelbagai pihak,” katanya.

No comments:

Post a Comment