Páginas

Thursday, 3 December 2015

Sidang DUN : Terengganu Minta Jabatan Mufti Kaji Rokok Elektronik

AUTHOR: SURIATI ALI 2 DECEMBER 2015


Kerajaan negeri meminta Jabatan Mufti Terengganu membuat kajian mengenai penggunaan rokok elektronik vape sebelum mengambil sebarang keputusan mengenai perkara itu .


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, kajian tersebut akan dilakukan oleh pakar yang berkelayakan dalam bidang mereka untuk memudahkan Jabatan Fatwa Terengganu mengeluarkan fatwa mengenai penggunaan rokok elektronik itu.

“Buat masa sekarang, kerajaan negeri tidak akan mengikut langkah negeri lain yang mengharamkan penggunaannya dan sepanjang pengetahuan saya, Majlis Fatwa Kebangsaan juga belum mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan, Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) mahukan penjelasan kerajaan berhubung penggunaan vape di Terengganu memandangkan ramai usahawan muda terlibat dalam penjualan rokok elektronik itu.

Tambah Muhammad Pehimi lagi, ketika ini peraturan penjualan vape adalah tertakluk kepada Akta Racun 1952 kerana ia mengandungi nikotin yang hanya boleh dijual oleh penjual yang berlesen.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment