Páginas

Sunday 27 December 2015

Wad Khas Pembedahan Dibina Di Hospital Besut

AUTHOR: FAUZI MOHD 26 DECEMBER 2015


Sebuah wad khas untuk pembedahan termasuk untuk ibu bersalin akan dibina di Hospital Besut dengan peruntukan RM5 juta mulai awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof memberitahu wad kebergantungan tinggi (High Dipendency Wad) itu akan diuruskan oleh doktor pakar perubatan dalam pelbagai bidang.


Katanya, wad khas tersebut merupakan salah satu daripada rancangan awal untuk menaik taraf Hospital Besut menjadi sebuah hospital yang mampu mengendalikan kes-kes pembedahan pada masa hadapan.

“Wad HDW setinggi dua tingkat itu akan dibina di sebuah kawasan di Hospital Besut dengan dilengkapi pelbagai peralatan moden,” katanya semalam.

Sebelum ini, jika terdapat kes yang memerlukan pembedahan doktor pakar, pesakit akan dihantar ke Hospital USM di Kubang Krian, namun apabila wad khas tersebut siap, semua pembedahan boleh dilakukan di situ kecuali yang berkaitan dengan jantung.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment