Páginas

Wednesday, 16 December 2015

Tahniah Buat Pelajar PT3 2015, Cipta Kecemerlangan Di Terengganu-MB

AUTHOR: FAUZI MOHD 14 DECEMBER 2015

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENCIPTA KECEMERLANGAN

Sebelum tahun 2015 menutup kalendar beberapa hari lagi,  Terengganu telah menambah sejarah kecemerlangan dalam sektor pendidikan. Sekali lagi kehebatan anak-anak pelajar negeri Terengganu memahat sejarah yang amat membanggakan.


Peningkatan sebanyak 2.27% yang mendapat SEMUA A sungguh luar biasa.

Pada tahun ini kita mencatat pencapaian seramai 699 calon (3.38%), berbanding tahun 2014 yang memperolehi SEMUA A 233 calon (1.10%). Saya, barisan kepimpinan malah rakyat seluruhnya merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas kejayaan semua.

Saya menadah syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua negeri Terengganu terus berada di mercu kecemerlangan khususnya dalam keputusan pencapaian PT3 pada tahun ini.

Wawasan pendidikan di negeri Terengganu dinyata dengan jelas melalui Prinsip ke-8 Transformasi Terengganu Baharu (memperkasa pendidikan). Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak disegenap lapangan, harapan kerajaan menjadi kenyataan.

Harapan saya marilah kita memasang tekad ‘Berjiwa Besar’ dalam mempertahankan kecemerlangan pendidikan di negeri tercinta ini. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada warga pendidik, ibubapa serta semua pihak yang saban waktu tidak jemu membantu dalam pembangunan pendidikan.

Bagi pihak kerajaan, kita tetap menghulurkan apa sahaja keperluan yang termampu. Demi pendidikan anak-anak Terengganu kita akan pastikan terjaga dengan baik.

Teruskan mencipta kecemerlangan, kerana zaman ini zaman yang banyak membuka peluang kepada orang yang cemerlang. Namun jangan pula kita lupa, bahawa orang yang benar-benar cemerlang adalah orang yang hebat ilmu duniawi dan hebat ilmu ukhrawi.

Biarlah anak-anak pelajar negeri Terengganu tergolong dalam kelompok yang dimaksudkan itu.

Kepada semua saya ucapakan tahniah, syabas dan terima kasih di atas segala khidmat bakti yang telah dihulurkan. Hanya kepada Allah saya berserah.

Dato’ Seri Hj. Ahmad Razif b. Abd. Rahman Menteri Besar Terengganu.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment