Páginas

Thursday 22 January 2015

35 Pengerusi JKKK, Berdepan Tindakan Tamat Perkhidmatan

 Author: Suriati Ali | 22 January 2015

Pengerusi bersama ahli jawatankuasa membaca ikrar taat setia merasmikan Majlis Himpunan Perdana JKKK, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh: Harish Fadzillah
*****
Sebanyak 35 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di empat daerah di Terengganu diberi peluang kedua sehingga April ini, bagi memenuhi Penilai Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
Sekiranya gagal, pengerusi JKKK terbabit bakal berdepan tindakan ditamatkan perkhidmatan.

Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehingga kini, KPI 547 JKKK membabitkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu sudah dinilai, manakala daerah selebihnya akan melalui proses sama sehingga akhir Februari ini.

Katanya,apa yang menyedihkan, terdapat JKKK langsung tidak mengadakan mesyuarat atau perbincangan sejak perlantikan baharu, bermula April tahun lalu..Ter

“”Jika mereka memberi alasan tiada peruntukan adalah tidak logik kerana sudah diberi modal sebanyak RM2,000 setahun, selain elaun makan RM100 setiap kali bermesyuarat.

“Seboleh-bolehnya kerajaan tidak mahu mengambil tindakan melulu dengan mengenakan tindakan tertentu terhadap pengerusi JKKK bermasalah,” katanya.

Ahmad Razif bermesra dengan salah seorang peserta program
*****
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Himpunan Perdana JKKK, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang.

Kira-kira 8,000 ahli jawatankuasa membabitkan 547 JKKK di empat daerah di Terengganu hadir pada majlis tahunan itu.

Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan pastinya terlebih dahulu memberi mereka peluang di samping menyarankan menyertai kursus dan bengkel tertentu supaya boleh berubah.

“”Kita juga akan memberikan panduan dan tunjuk ajar untuk mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik.

“Kita mahu membuktikan bahawa kepimpinan parti yang mengangotai JKKK ini sebenarnya kepimpinan yang memerlukan hasrat rakyat,”katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment