Páginas

Thursday, 29 January 2015

UKOM Edar Buku ‘Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat’ Secara Percuma

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 28 JANUARY 2015


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) menerbitkan buku ‘Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat’ untuk edaran secara percuma  yang memaparkan hubungan dua hala antara pemimpin dengan rakyat dan rakyat dengan pemimpin.

Buku bergambar yang mengandungi 100 muka surat itu bercerita mengenai detik bermulanya  kepimpinan Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, pada Mei 2014 sehingga kini.

Pengarah UKOM, Che Mansor Che Kerma berkata, pihaknya mahu menterjemahkan lapan prinsip yang didukungi kepimpinan negeri dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dan pendekatan Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat menerusi naskhah yang padat namun diolah menarik untuk tatapan seluruh rakyat.

“Buku yang diterbitkan kali pertama dengan 5,000 unit bagi cetakan pertama boleh didapati di Pejabat UKOM (Jalan Pejabat)  atau diedarkan di program rasmi kerajaan negeri .

“Naskhah percuma ini antara lain mahu menzahirkan bahawa hasrat rakyat  yang mungkin  dianggap kecil bagi pemimpin,  tetapi sebenarnya amat besar malah cukup bernilai bagi rakyat tanpa mengira siapa dan bagaimana mereka,”katanya.

Che Mansor berkata, selain buku berkenaan, UKOM sudah dan akan terus menerbitkan pelbagai bahan bercetak lain seperti risalah, buletin bulanan Suara Kita selain menyalurkan pelbagai segmen dan informasi terkini mengenai isu semasa serta perkembangan kepimpinan negeri menerusi paparan portal, facebook dan juga media sosial lain.

Teganukita

No comments:

Post a Comment