Páginas

Saturday, 24 January 2015

Sambutan Maulidur Rasul Pekan Alur Lintah

 Dato' Seri Idris dan Haji Pehimi beramah mesra dengan Kumpulan Besut Berselawat.
*****
23 Januari 2015 (Jumaat) - Meskipun bulan Rabiulawal telah berlalu, kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW diteruskan tanpa mengira bulan kelahiran Rasul yang kita kasihi.

Bertempat di tapak Pasar Rabu Alur Lintah, JKKK dan Jawatankuasa Masjid Alur Lintah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah. Sambutan bermula selepas waktu Isyak diisi dengan ceramah jemputan oleh Ustaz Kamaruddin bin Mat Shahril dan diserikan dengan alunan selawat oleh Kumpulan Besut Berselawat.

Sambutan lebih bermakna dengan kehadiran dua pemimpin iaitu Dato' Seri Haji Idris Jusoh - Menteri Pendidikan II/Ahli Parlimen Besut dan Haji Pehimi Yusof - Exco Kerajaan Terengganu/ADUN Jertih. 

 
 
 wanaziz



No comments:

Post a Comment