Páginas

Friday, 23 January 2015

Program `Home Manager’ Lancar Isnin Ini

Author: Aida Abd Rahman | 23 January 2015
Kerajaan negeri mengotakan janji  untuk membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai wanita terutama ibu tunggal dan golongan miskin supaya memiliki pekerjaan tetap apabila menawarkan program latihan `Home Manager’  (Pengurus Kediaman), bermula tahun  ini.
Sehubungan itu, majlis pelancaran program julung kali  itu akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof, di Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus, pada 26 Januari, jam 8.30 malam.

Muhammad Pehimi berkata, program itu merupakan inisiatif baharu kerajaan yang diumumkan pada Bajet 2015 lalu sebagai langkah terbaik untuk wanita sama ada ibu tunggal, beliawanis atau siswazah  mengganggur supaya mempunyai pendapatan, selain mengatasi masalah pembantu rumah warga asing.

“Ini satu daripada usaha kerajaan untuk memberi peluang dan membantu lebih ramai wanita terutama ibu tunggal dan golongan miskin mempunyai pekerjaan tetap yang boleh dilaksanakan pada waktu siang hari.

“Kerajaan negeri memperuntuk RM1 juta untuk menjalankan program kursus berkenaan sebagai projek perintis,”katanya.

Dalam pada itu, program dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu sehingga kini sudah diadakan sesi taklimat dan temuduga terbuka di YPKT, Kuala Terengganu, pada 8 Januari lalu.

Jawatan dengan tawaran gaji antara RM900 hingga RM1,500 sebulan itu terbuka kepada wanita yang komited, berintegriti,  cekap dan bersedia menerima latihan sebagai pengurus kediaman yang terlatih.

Kursus percuma dijangka akan diadakan selama 20 hari dengan penyertaan 60 orang wanita yang terpilih bagi fasa pertama.

Teganukita

No comments:

Post a Comment