“Saya Tidak dapat membalas jasa Menteri Besar Terengganu dan juga sukarelawan seramai 1500 orang yang sedang berkampung disini, hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalasnya nanti”.
“MB Terengganu datang menolong kita dengan kelengkapan jentera yang lengkap (jentolak, lori, lori tangki, tukang rumah serta pelbagai alatan membersih) dan ribuan sukarelawan yang dibawanya bagi membantu kita hari ini”.
“Beliau juga membina rumah transit sebanyak 21 buah untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal, BESAR jasanya kepada kita di Dabong dan Kemubu ”.
“Walaupun di Negeri Terengganu juga mendapat musibah yang sama dengan kita tetapi mereka tetap datang jua untuk membantu, Allahurobbi..”
“Disini juga saya mewakili seluruh rakyat Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan kemanusian yang diberikan kepada kami disini mahupun dari NGO dan rakyat seluruh Malaysia”.
Dato’ Seri Mustapha Mohamed berkata demikian dihadapan kira-kira 200 orang mangsa bencana banjir semasa lawatannya bersama Yab Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Kampung Kemubu yang paling teruk terjejas dikawasan Dabong ini.
Beliau juga berjanji akan membantu sepenuhnya untuk memulihkan kawasan ini kembali seperti sediakala dan mengharapkan rakyat Kemubu dapat bersabar dengan Ujian yang diturunkan ALLAH S.W.T.
Memohon doa restu semoga semua berjalan dengan baik dan mendapat Rahmat dari Nya.
Dato' Sri Mustapha diiringi oleh Dato' Ahmad Razif dan Dato' Ramzi bertemu mata dengan mangsa banjir.
Dato' Sri Mustapha, Dato' Ahmad Razif dan Dato' Ramzi menaiki kenderaan 4x4 meninjau dari dekat perkampungan dilanda banjir.
Terengganu Times
No comments:
Post a Comment