Páginas

Monday 19 January 2015

Skuad Sukarelawan TTB Bantu Mangsa Banjir Di Pekan

Author: Mohd Syazni Zainudin | 17 January 2015 


Daerah Pekan, Pahang yang turut terjejas akibat fenomena banjir teruk pada awal Januari lalu semalam menerima kunjungan daripada Skuad Sukarelawan TTB serta Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.
Ahmad Razif berkata, untuk semalam sahaja ahli sukarelawan sekarang berada di tiga lokasi yang berbeza bagi membantu membersihkan kawasan yang terlibat dengan banjir.

“Pada ketika ini sukarelawan kita berada di tiga daerah berbeza iaitu di Dabong, Temerloh dan Pekan.

“Mereka semua bergerak ke setiap pelusuk dimana tempat-tempat yang boleh kita bantu  kerana antara prinsip TTB (Skuad Sukarelawan TTB) ini adalah akan cuba sehabis baik membantu negeri-negeri jiran yang turut terjejas dengan banjir,” katanya.

Beliau ditemui semasa sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Serambi, Pekan, semalam.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat sertaAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebar, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Seramai 139 mangsa menerima sumbangan yang berupa keperluan asas seperti toto dan pakaian sekolah.

Pembersihan kawasan sekolah tersebut melibatkan 200 ahli Skuad Sukarelawan TTB yang memulakan tugas mereka sejak pagi semalam.

Teganukita

No comments:

Post a Comment