Páginas

Tuesday, 6 January 2015

Isu Kenyir Dua – Suatu Fakta Yang Benar, Jangan Percaya Kepada Fitnah

Author: Ruslan Abdul Rahman 5 January 2015


Kalau ada tuduhan dan dakwaan mengatakan, punca banjir di Kelantan adalah akibat Empangan Kenyir Dua, iaitu di Sungai Tembat, mudah sahaja jawapannya:

Air sungai mengalir dari tanah tinggi ke tanah rendah dan akhirnya ke laut.
Jadi bermakna, air dari Empangan Kedua di Tembat ini adalah lebih rendah dari tanah tinggi Banjaran Titiwangsa yang memisahkan Terengganu- Kelantan dan sudah tentu airnya tidak akan mengalir ke atas.

Menuduh air mendaki ke kawasan yang lebih tinggi adalah suatu fakta yang amat tidak tepat dan bohong.

Sempadan Terengganu-Kelantan, jelas sekali di kawasan tinggi digarisi oleh banjaran bukit, tidak mampu mengalirkan air ke Kelantan dari empangan yang berada di bawah banjaran itu.

Lihat grafik secara ringkas dengan mengambil punca peta dari ‘googlemap’.

Sg. Tembat itu adalah Empangan Kedua. Tengok aliran sungai Tembat  tersebut yang menurun ke Tasik Kenyir.

Tengok juga garis ketinggian topografi  kawasan sekitarnya. (Sekitar ketinggian 600 meter)

Lihat pula sempadan antara Terengganu dengan Kelantan. Perhati garis ketinggian topografi sekitar banjaran yang menjadi sempadan kedua-dua negeri. Sekitar ketinggian 800m – 1,000+m.

Justeru itu kata pihak TNB fikir secara logik bagaimana air Sg. Tembat mampu untuk mendaki setinggi 200m – 400m bagi mencurah tadahan air dari negeri Terengganu ke sebelah Kelantan.

Hentikanlah membuat tuduhan rambang tanpa fakta sepertimana menuduh sebelum ini bahawa Empangan Janakuasa Kenyir di Jenagor melepaskan air melalui beberapa pintu lain sedangkan empangan itu hanya mempunyai satu pintu air limpah automatik sahaja.

Jangan kerana hendak menutup kesalahan diri sendiri, menebang balak berleluasa dengan bahagian Hulu Negeri Kelantan, tetapi menuding salah kepada negeri orang lain.

Teganukita

No comments:

Post a Comment