Páginas

Monday 5 January 2015

Ziarah ke Kg. Karangan, Kuala Krai, Kelantan

 Haji Pehimi meninjau salah sebuah tapak kediaman yang musnah dalam banjir Disember lalu.
*****
4 Januari 2015 - Salah sebuah kampung yang terjejas teruk akibat gelombang banjir Disember 2014 ialah Kampung Karangan, Kuala Krai, Kelantan.

Haji Muhammad Pehimi Yusof bersama-sama rombongan sempat meninjau keadaan kampung berkenaan yang mana rumah-rumah penduduk yang mengalami kerosakan teruk, kebanyakannya hanya tinggal tapak sahaja dan strukturnya telah dibawa arus banjir yang deras.
Bantuan juga dihulurkan sebagai tanda simpati yang menimpa penduduk kampung berkenaan dan berdoa semoga penduduk Kg. Karangan bersabar dengan ujian ini.

 
 Haji Pehimi diiringi Sdr. Azizul Jasmi - Ketua Pemuda Besut melawat sekitar Kg. Karangan, Kuala Krai bagi meninjau keadaan kampung berkenaan selepas banjir besar melanda jajahan ini.

Teks: Wan Aziz Foto: Tuan Soh

No comments:

Post a Comment