Páginas

Sunday 11 January 2015

Ahli Exco Melawat Murid Di Sekolah Yang Terbabit Banjir

Author: Mohamad Ishak | 11 January 2015  

 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof hari ini turun padang  meninjau perjalanan pembelajaran murid Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih yang yang terjejas banjir baru-baru ini.
 *****
Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, berpuas hati dengan suasana murid yang dapat belajar di sekolah itu yang sesi pelajaran bermula  hari ini.
Katanya, sekolah itu yang dilanda banjir baru-baru ini menjalani proses pembersihan dengan membabitkan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyertai gotong royong membersih premis dan persekitaran sekolah.

Turut mengiringi Muhamad Pehimi ialah Ketua Pegawai Pelajaran Daerah, Abdul Halim Hassan serta guru-guru sekolah terbabit.

Muhamad Pehimi bersyukur kerana sekolah itu tidak terjejas teruk dan membolehkan murid meneruskan sesi pembelajaran mengikut jadual.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, seramai 2,984 murid baru mendaftar untuk masuk tahun satu di sekolah rendah seluruh daerah itu tahun ini. Daripada jumlah itu 1,546 lelaki  dan 1,438 perempuan.

Beliau berkata, semua sekolah di daerah itu termasuk 15 sekolah menengah dapat meneruskan sesi pembelajaran dan tiada sebuah pun sekolah yang ditangguhkan pembelajaran berikutan banjir baru-baru ini.

Teganukita

No comments:

Post a Comment