Páginas

Thursday 15 January 2015

Empangan Kenyir Elak Banjir Lebih Besar

Author: Suriati Ali 14 January 2015 

Ibrahim (tiga dari kanan) memegang bebola kaca sebagai gilik merasmikan Majlis Apresiasi Media Terengganu 2015 UMT, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.
*****
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengakui Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menjadi penebat utama mengelak kejadian banjir di Terengganu menjadi lebih buruk hampir setiap tahun.

Naib Canselor, Prof Dato’ Ibrahim Komoo, berkata empangan tersebut menjadi penebat kepada banjir besar, terutama membabitkan kawasan Kuala Nerus dan juga Kuala Terengganu.
Katanya, UMT tidak akan melakukan kajian terperinci di lembangan Sungai Terengganu kerana kawasan berdekatan sungai itu terselamat daripada bencana banjir besar ekoran wujudnya empangan Kenyir.

"Sebaliknya hanya menumpukan lembangan sungai Besut, lembangan sungai Kemaman dan lembangan Setiu yang dikatakan antara punca utama beberapa kawasan berdekatan sungai itu , berlaku banjir besar.

Ketua Pemberita Ukom Aida Abd Rahman menerima cederahati sebagai tanda penghargaan dari UMT
*****

"Kajian dilakukan 16 penyelidik pelbagai universiti tempatan, termasuk empat penyelidik UMT akan dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan perlu mengawal satu lembangan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Media Terengganu 2015 UMT, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.

Pada Majlis itu, Tengku Mohamad Syamim Tengku Ismail dari Pejabat Unit Komunikasi Negeri berjaya menduduki tempat kedua dalam kategori gambar terbaik (pendidikan) .

Ibrahim Komoo turut memberitahu kumpulan itu perlu membuat kaji selidik atau analisis dari semua sumber maklumat yang ada seperti laporan akhbar, temubual mangsa banjir atau bahan-bahan maklumat yang lain.

“Selain membuat kerja pengukuran di lapangan untuk mengenalpasti paras ketinggian air banjir, . mengkaji dari mana datangnya sampah-sarap dan segala kayu-kayan sama ada datang dari tumbuhan atau pembalakan,”katanya


Teganukita

No comments:

Post a Comment